
Alexander Stupkin, seorang lelaki yang berusia 30 tahun dari
Odessa, Ukraine menghabiskan masa selama 2 tahun untuk mengubahsuai
sebuah kereta jenis Mitsubishi Eclipse menjadi sebuah kereta yang paling
diimpikan oleh setiap orang iaitu Lamborghini Reventon. Lihat saja
hasilnya, tidak ubah seperti sebuah kereta mewah Lamborghini yang
harganya mencecah jutaan ringgit.
Kereta Mitsubishi Eclipse itu dibelinya pada 2008 dan terus mengubahsuai
menjadi sebuah Lamborghini Reventon. Walaupun beliau tiada pengalaman
dalam pengubahsuaian kereta, sebuah Lamborghini Reventon yang
diimpikannya menjadi kenyataan dengan bantuan ahli keluarga serta
rakan-rakannya sehingga memakan masa selama 2 tahun untuk disiapkan.












0 Komentar untuk "Mitsubishi Eclipse diubahsuai jadi Lamborghini Reventon "