
Belum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif &
ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu. Kali
ini, si bapa sendiri tampil ke’hadapan.
Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk luahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.
“Cukup
cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak
datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah
Abdul Latif.
Menurut laporan itu juga, Abdul Latif sebenarnya
tidak kisah dengan keputusan Najwa Latif untuk bergelar penyanyi selagi
tidak mengabaikan pelajaran sendiri.
“Mereka berkata kepada
media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani
mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”
“Selepas
bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik.
Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah
beliau lagi.
“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya
menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas
Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai
selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.
“Paling saya
terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar
ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu.
Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh
hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”
Dalam
masa sama, Najwa Latif yang di’hubungi untuk memberikan komen tentang
isu ini mengambil pendirian untuk berdiam diri kerana ingin menjaga hati
banyak pihak dek melibatkan isu keluarga.
Tag :
berita hiburan
0 Komentar untuk "Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas Popular "