malaynews1. Powered by Blogger.

Luna Bernikah Sepupu Dian Sastrowardoyo



Luna Maya

Bekas kekasih Ariel Peterpan (Noah), Luna Maya dikhabarkan sudah berkahwin dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Reza Prawiro, baru-baru ini.

Menurut laporan media Indonesia, Luna telah pulang ke kampung halaman neneknya yang terletak di Salzburg, Austria.

Kebetulan, Reza juga turut pergi ke tempat sama. Perkhabaran itu dikongsikan Reza sendiri melalui akaun Twitternya.

Spekulasi itu semakin kukuh apabila tersebarnya gambar Luna Maya bersama Reza seperti di dalam dewan majlis perkahwinan.

Sebelum itu, mereka sempat ke Jerman untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Dortmund melawan Real Madrid.

Perkara ini menjadi lebih perhatian apabila, jejaka yang mengahwini Luna itu didakwa merupakan sepupu kepada pelakon terkenal, Dian Sastrowardoyo.

Tetapi sejauh mana kebenaran itu, tidak pasti pula kerana kedua-dua belah pihak tidak memberi sebarang ulasan mengenai gosip yang tersebar.

Walau bagaimanapun, sama ada benar atau tidak, tunggu saja kenyataan dari mereka. 


0 Komentar untuk " Luna Bernikah Sepupu Dian Sastrowardoyo"
Back To Top