malaynews1. Powered by Blogger.

[WAJIB TENGOK] Biadap !!! WANITA Diseluk Payu**** dan Kem4luan di Hentian Bas !!!

 


#KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba menunjukkan kemaluannya dan meraba payudaranya di hentian bas Air Jernih di sini, Jumaat lalu.

#Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian jam 11.44 pagi itu, lelaki itu turun daripada motosikal dan duduk di sebelah mangsa berusia 19 tahun yang sedang menunggu bas.

#Menurutnya, secara tiba-tiba lelaki itu membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada remaja tersebut.

#“Dia takut dengan tindakan lelaki itu dan cuba lari, tetapi lelaki tersebut memegang payu dara mangsa.

#“Dua perempuan yang ada berdekatan terkejut melihat kejadian itu dan turut lari dari situ,” katanya.

#Mohamad Roy berkata, mangsa yang terus diekori lelaki itu menjerit bagi mendapatkan bantuan menyebabkan lelaki tersebut lari dengan motosikal.

#"Dalam keadaan tergesa-gesa, motosikal itu melanggar sebuah kereta. Lelaki itu terjatuh, tetapi sempat melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya. Mangsa kemudian mengambil kunci motosikal jenis Honda itu dan buat laporan di balai polis berdekatan," katanya.

#Usaha menjejak lelaki giat dijalankan dan siasatan awal mendapati motosikal itu adalah milik seorang wanita.


0 Komentar untuk "[WAJIB TENGOK] Biadap !!! WANITA Diseluk Payu**** dan Kem4luan di Hentian Bas !!! "
Back To Top