SHAH
ALAM: Susulan dakwaan The Wall Street bahawa dana berjumlah AS$700
(RM2.65 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak,
Perdana Menteri dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap akhbar itu.
Hal itu dinyatakan Oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Muhammad Khairun Aseh dengan laporan itu disifatkan sebagai fitnah jenayah.
"Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.
Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang," kata Khairun dipetik Sinar Harian.
Akhbar
TWSJ semalam melaporkan, siasatan ke atas syarikat yang sarat dibebani
hutang, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati berbilion ringgit
disalurkan ke dalam beberapa akaun, yang dipercayai akaun bank peribadi
Najib.
Ia
kononnya berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan yang
diperoleh akhbar berkenaan dan laman web Sarawak Report.
TWSJ
mendedahkan dokumen menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan
ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke
akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.
Sebelum
ini Sarawak Report melaporkan, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib
daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan
yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) atau KWAP.
Sementara
itu Najib malam tadi menafikan pernah mengambil dana awam untuk
kepentingan peribadi dan menyifatkan tuduhan itu sebagai sebahagian
daripada kempen sabotaj politik terancang untuk menjatuhkan kredilitinya
sebagai seorang Perdana Menteri.
0 Komentar untuk "[MESTI BACA] NAJIB Saman The Wall Street Journal"