malaynews1. Powered by Blogger.

[SENSASI] Komen Humood Jatuh Hati Selepas Menonton Video Aksi Parodi Kun Anta Neelofa

Humood Alkhudher penyanyi dari Kuwait merupakan penyanyi asal lagu Kun Anta yang menjadi popular di Malaysia.

 

Ini terjadi dengan tersebarnya video Humood di dalam kereta sambil menyanyikan lagu Kun Anta yang disukai ramai gadis-gadis di Malaysia seterus menjadi antara parodi popular di Malaysia.

Ramai yang membuat video Kun Anta termasuk para artis seperti Neelofa. Dalam satu temubual, Humood menyukai aksi Neelofa ketika membuat video Kun Anta.

Katanya, dia mengenali Neelofa sejak menonton parodi di dalam kereta oleh aktres itu menerusi laman sosial, Instagram.


Ini komen penuh Humood:

VIDEO VIRAL

"Ramai yang suka dengan lagu Kun Anta hingga menjadi viral dan tambah mengejutkan saya, ramai yang menonton dan 'like' video saya menyanyikannya di dalam kereta.

"Sebenarnya, itu bukan pertama kali saya rakam video dari dalam kereta tetapi itu video saya dalam kereta yang pertama menjadi viral,"

"Saya tidak banyak tahu tentang muzik Malaysia tapi saya kenal penyanyi seperti kumpulan Raihan, Rabbani dan Yuna. Saya ada dengar lagu-lagu mereka.

SUKA VIDEO NEELOFA

"Saya juga tahu Neelofa tetapi belum pernah berjumpa lagi dengannya. Saya tahu namanya sejak saya tonton parodi video yang dilakukannya menerusi Instagram dan saya suka parodi itu.

"Saya difahamkan akan ada satu sebuah program (MeleTop) dan saya akan berjumpanya (Neelofa) di sana nanti,"
0 Komentar untuk "[SENSASI] Komen Humood Jatuh Hati Selepas Menonton Video Aksi Parodi Kun Anta Neelofa "
Back To Top