malaynews1. Powered by Blogger.

[MESTI BACA] Luahan Isi Hati Penyanyi " Sakitnya Tuh Disini" Cita Citata

 

Penyanyi yang cukup dikenali melalui lagu ‘Sakitnya Tuh Disini’, Cita Citata rupanya telah bergelar janda muda selepas ditinggalkan suami selepas sebulan kahwin. Kesiannya kepada penyanyi ini kerana hanya sempat melalui bahagianya perkahwinan sekejap sahaja.
Cita Citata yang baru sahaja berusia 21 tahun sebelum ini tidak dedahkan secara terbuka tentang statusnya kerana ianya sama sekali tidak ditanya oleh pihak media Indonesia sendiri.
“Apabila ditanya adakah saya sudah mempunyai teman lelaki sudah tentu saya jawab tidak.
“Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur, saya seorang janda,”


Cita Citata terus melangkah ke depan walaupun bergelar janda
Kisah silam perkahwinannya terbongkar selepas bekas suaminya tampil memberi kenyataan kepada media meskipun pada ketika itu telah bercerai dan bekas suaminya sebelum ini menghilangkan diri hampir tiga tahun. Mungkin sebab bekas suami semakin popular, sebab itu muncul untuk tumpang glamour. Opss!

“Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.
“Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami,”




0 Komentar untuk "[MESTI BACA] Luahan Isi Hati Penyanyi " Sakitnya Tuh Disini" Cita Citata "
Back To Top