malaynews1. Powered by Blogger.

[INFO] Elak Beri Anak Nama-Nama Ini

 

Mesti kita pernah mendengar ayat, 'Apa ada pada nama' bukan? Memang betul nama sangat bermakna dalam memainkan peranan kepada diri seseorang manusia.

Dalam program Tanyalah Ustaz di TV9, Ustaz Sharhan Shafie yang merupakan seorang pakar pengamal perubatan islam telah berkongsi nama-nama yang sangat digemari Jin.

Walaupun nama-nama tersebut mempunyai maksud-maksud yang baik, berdasarkan pengalaman beliau yang sudah banyak kali merawat pesakit yang terkena sihir atau gangguan Jin, nama-nama ini boleh menyebabkan penyakit misteri kepada seseorang.

Lebih baik JANGAN menamakan anak-anak dengan nama berikut:

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, buat sesiapa yang bernama seperti yang disenaraikan tadi, tidak perlu lah untuk menukarkan nama namun cukup sekadar dengan menukar nama panggilan. Contonya jika nama Nur Najwa, jika sebelum ini menggunakan panggilan Najwa, elok ditukarkan kepada panggilan Nur sahaja.

Apa sahaja penyakit sama ada sakit biasa atau sakit misteri, semuanya adalah datang dari Allah SWT. Bukan disebabkan nama seseorang tetapi ia memang ketentuan dari Nya.


Cuma apa yang Ustaz Sharhan kongsikan adalah berdasarkan pengalaman beliau yang merawat pesakit-pesakit, biasanya mereka mempunyai nama sama seperti yang digemari oleh Jin seperti nama di atas.

Oleh kerana itulah beliau menggalakkan untuk tidak memberi anak seperti nama berkenaan, walaupun ia bukanlah satu kesalah apatah lagi berdosa menggunakan nama itu.


0 Komentar untuk "[INFO] Elak Beri Anak Nama-Nama Ini"
Back To Top