malaynews1. Powered by Blogger.

SULU Menceroboh Lagi? ESSCOM Di Atur Gerak

SULU Menceroboh Lagi? ESSCOM Di Atur Gerak | Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah melancarkan operasi mengesan kehadiran sekumpulan penjenayah bersenjata api yang dilaporkan berada di kawasan sebuah ladang di Kinabatangan di Kota Kinabalu.

SULU Menceroboh Lagi? ESSCOM Di Atur Gerak

Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pihaknya telah menggerakkan segala kekuatan yang ada ke kawasan terbabit sejurus menerima laporan daripada orang ramai mengenai kejadian itu baru-baru ini.

“Kami telah menerima pelbagai maklumat yang mengatakan sekumpulan penjenayah bersenjata telah kelihatan di sebuah ladang di Kinabatangan.

“Setakat ini, pihak kami tidak menemui apa-apa yang mencurigakan namun kawalan keselamatan sentiasa dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "SULU Menceroboh Lagi? ESSCOM Di Atur Gerak"
Back To Top