malaynews1. Powered by Blogger.

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza | Kesedihan yang ditanggung oleh Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 4, susulan kehilangan kedua-dua ibu bapa serta adik bongsu mereka dalam sebuah kemalangan jalan raya di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) pada Sabtu sedikit terubat.

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza

Ia ekoran kesudian penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Khalid Mohamad Jiwa berkunjung ke kediaman keluarga mereka bagi memberi secebis keceriaan dan harapan kepada dua beradik itu.

Difahamkan Datuk Siti membuat keputusan untuk melawat mereka selepas mengetahui tentang rakaman video yang viral di internet memaparkan permintaan Nur Firuza Amira yang menyatakan keinginan bertemu dengan beliau.

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza

"Setelah mengetahui tentang berita kemalangan tersebut, memang saya ingin bertemu dengan dua beradik ini. Malah, ribuan peminat saya telah meletakkan 'tag' pada Instagram saya bersama pautan kepada video itu," ujar Siti.

Siti mengakui bahawa jiwanya amat tersentuh apabila bertemu Amira dan Aqila, namun beliau menyembunyikan perasaannya.

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza

"Saya tidak mahu menangis di depan mereka. Mereka telah lalui dugaan berat ini yang kita terima sebagai suratan takdir. Namun kita harapkan mereka tabah dan dapat menempuh hari-hari mendatang dengan lebih baik," ujar beliau sebak.

Penyanyi itu turut menafikan sebuah laporan di internet yang menyatakan bahawa beliau berminat mengambil Amira sebagai anak angkat.

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza

"Itu tidak benar. Perkara ini baru berlaku dan kita harus menghormati perasaan keluarga terdekatnya. Amira tetap akan bersama keluarga dan saudara-maranya, dan saya sekadar membantu setakat yang mampu," jelas beliau.

Siti Nurhaliza dan suami meluangkan masa hampir sejam bersama keluarga mangsa. Amira dilihat mesra duduk di pangkuan Siti Nurhaliza sepanjang pertemuan itu.

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza

Dalam pertemuan itu, beliau telah menceriakan kedua-dua beradik tersebut dengan pemberian hadiah berupa persalinan pakaian, permainan dan anak patung.

Tambah beliau, dua beradik berkenaan turut akan dibantu dari segi pendidikan melalui Yayasan NurJiwa.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siti-nurhaliza-tunai-permintaan-amira-nafi-mahu-ambil-sebagai-anak-angkat-59320?cp

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Siti Nurhaliza Tunai Permintaan, Ziarah Amira & Firuza"
Back To Top