malaynews1. Powered by Blogger.

Salman Khan Terkejut & Terduduk Selepas Di Jatuhi Hukuman Salah

Salman Khan Terkejut & Terduduk Selepas Di Jatuhi Hukuman Salah | Bintang Bollywood, Bintang Bollywood, Salman Khan tergamam dan terduduk selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana didapati bersalah membunuh seorang lelaki gelandangan dalam kejadian langgar lari pada 2002.

Salman Khan Terkejut & Terduduk Selepas Di Jatuhi Hukuman Salah

Hakim D W Despande mendapati Salman bersalah membunuh lelaki dikenali sebagai Nurulah Mahbob Sharif selepas memandu Land Cruiser miliknya ke arah sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di pinggir bandar raya Mumbai dan menolak dakwaan bahawa pemandunya yang memandu kereta terbabit.

“Selepas meneliti segala fakta yang diutarakan kedua-dua pihak, saya merumuskan penjara lima tahun adalah hukuman yang setimpal,” katanya dalam sidang mahkamah.

Salman sebelum ini mendakwa bukan dia yang memandu kereta berkenaan dan hukuman ini dijangka memberi impak cukup besar kepada karier bintang terkemuka berkenaan.

Bintang filem ‘Dabangg’ itu dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian yang menyebabkan seorang mati dan empat lagi cedera.

Salman Khan Terkejut & Terduduk Selepas Di Jatuhi Hukuman Salah

Isteri mangsa, Begum Shaikh berkata, keluarganya terpaksa menunggu lama, namun bersyukur kerana akhirnya mendapat keadilan. - AFP

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/49022#sthash.5ITgE5Wc.dpuf

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Salman Khan Terkejut & Terduduk Selepas Di Jatuhi Hukuman Salah"
Back To Top