Punca Sebenar Nenek Merantai Cucu Terjawab : Seorang nenek yang merantai cucunya pada papan tanda jalan berhadapan kediamannya kerana marah terhadap cucunya itu yang dikatakannya sangat nakal dan enggan membuat kerja sekolah menjadi viral di media sosial.
Tindakan tersebut dilakukan nenek berkenaan di sebuah papan tanda jalan berhampiran kediamannya di Taman Maju Jaya, Bidor beberapa hari lalu.
Menurut info, kanak-kanak berusia 3 tahun itu telah dirantai pada pergelangan tangan tiang tanda jalan tersebut sekitar jam 2.30 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata pihak Polis telah menjalankan siasatan berhubung tindakan wanita berkenaan setelah mendapat laporan.
Siasatan awal pihak Polis mendapati nenek kepada mangsa mengaku telah merantai cucunya di papan tanda tersebut.
Tambahnya lagi, pihak Polis turut melakukan lawatan ke rumah mangsa dan telah menemui nenek mangsa yang berumur 54 tahun.
“Mangsa telah dirantai di papan tersebut selama 5 minit sambil diperhatikannya.
“Ibu bapa mangsa tidak berada di Bidor kerana bekerja di Singapura sebagai tukang masak,” kata sumber.
Mangsa telah dijaga oleh neneknya sejak berumur 8 bulan lagi dan difahamkan Ibu bapa mangsa hanya pulang ke Bidor sekitar dua atau tiga bulan sekali.
Mangsa yang ditemui turut memberitahu tidak dipukul oleh neneknya dan mengakui bahawa neneknya marah kerana dia enggan membuat kerja rumah.
Tiada kesan kecederaan atau lebam ditemui pada badan mangsa dan kes masih di dalam siasatan.
#Akceli...admin sokong je tindakan nenek tu...klau zaman dulu2...lagi teruk. Andaikata mak bapaknya x pueh ati...sila lah jaga anak sendiri tu lok2 yekkk..jgn di bebankan mak bapak yg dah tua dengan tanggungjawab yang sepatutnya anda pikul.
sumber
Perak Today

0 Komentar untuk "Punca Sebenar Nenek Merantai Cucu Terjawab"