Fouziah Gous Kini Hamil | Fouziah Gous, 32, seperti tidak percaya apabila dia disahkan hamil hingga menjalani ujian kehamilan sebanyak empat kali bagi memastikan dia benar-benar hamil.
Fouziah yang kini hamil dua bulan setengah mendapat berita gembira itu selepas pulang dari menjalani penggambaran program Nona di Jepun, Mac lalu.
“Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan.
“Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa.
“Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk melakukan ujian di pusat perubatan swasta.
Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya,” katanya.
Ditanya mengenai jantina anak, Fouziah berserah dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.
“Kalau diikutkan sebelah keluarga saya ramai lelaki, manakala suami pula ramai perempuan. Namun, dalam soal ini saya dan suami tak kisah asalkan anak yang bakal lahir nanti cukup sifat, sempurna dan sihat,” katanya.
Fouziah berkahwin dengan Md Zhafran Md Yusof, 32, pada 21 September 2013.
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/52079#sthash.t618ippU.dpuf

0 Komentar untuk "Fouziah Gous Kini Hamil"