malaynews1. Powered by Blogger.

Ayam Jantan Di Sembelih 2 Kali TAK MATI!

Ayam Jantan Di Sembelih 2 Kali TAK MATI! | Sebuah keluarga dikejutkan dengan kejadian pelik apabila ayam jantan yang disembelih untuk juadah mereka tidak mati walaupun selepas dua jam disembelih pagi Jumaat lalu.

Ayam Jantan Di Sembelih 2 Kali TAK MATI!

Kata Abdul Halim Abdul Rashid, 39, dari Kampung Panjang, Wakaf Aik, lazimnya, ayam yang disembelih akan mati paling lama selepas setengah jam.

"Saya tunggu kira-kira dua jam tetapi ia masih tak mati. Ini kejadian pelik pertama yang saya alami sejak bertahun-tahun membela ayam.

"Melihat keadaannya yang masih belum mati, saya tanya pendapat ustaz adakah ia boleh disembelih sekali lagi.

"Ustaz kata makruh dan saya sembelih sekali lagi namun ia masih juga belum mati," katanya yang masih terpegun dengan kebesaran ALLAH SWT.

Abdul Halim berkata, akhirnya dia membiarkan ayam itu dalam reban dan cuba memberi minum tetapi air keluar melalui saluran urat leher yang dipotong.

Katanya, dia ada bertanya kepada klinik haiwan untuk merawat kembali ayam itu namun kos terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasrat itu.

Selain itu, Abdul Halim juga menunjukkan pokok pisang tenggala yang berbuah dua tandan di belakang rumah bapanya, Abdul Rashid yang terletak bersebelahan.

"Ramai orang hairan dengan pisang yang berbuah dua tandan di belakang rumah orang tua saya itu sejak beberapa bulan lalu.

"Kejadian seperti ini bukan selalu berlaku dan ia menjadi perhatian penduduk kampung yang tidak pernah melihat keajaiban pisang bertandan dua yang juga menunjukkan kebesaran ALLAH SWT ini," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pelik-ayam-disembelih-tak-mati-1.389858

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Ayam Jantan Di Sembelih 2 Kali TAK MATI!"
Back To Top