Vanidah Akhirnya Di Lucutkan Jawatan Bendahari SENIMAN | Vanidah Imran akhirnya dilucutkan jawatan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas bertindak melarikan buku cek.
Menurut Presidennya Zed Zaidi, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang bersidang pada Mac lalu berjaya mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk menyingkirkan Vanidah daripada memegang jawatan berkenaan.
"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.
"Dan jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak)," katanya.
Sementara itu, Zed berkata, suami Vanidah iaitu Rashidi turut menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Zed menegaskan, artis yang memegang jawatan dalam persatuan harus bertanggungjawab dalam segala hal walaupun sibuk dengan kerjaya.
"Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.
"Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti," tegasnya.
Dalam pada itu Vanidah yang ketika dihubungi media enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/16/vanidah-lucut/

0 Komentar untuk "Vanidah Akhirnya Di Lucutkan Jawatan Bendahari SENIMAN"