"Nafkah Tunggak RM20 Ribu, Bekas Suami Tiada Tanggungjawab" - A. Aida | Penerbit drama A. Aida menyifatkan bekas suaminya iaitu Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman sebagai individu yang tidak bertanggungjawab kerana gagal untuk memberi nafkah kepada seorang anak mereka, Muhammad Rahul sejak Mei 2013.
Kata A Aida, Suffian turut sengaja mencipta alasan untuk mengelak dipersalahkan iaitu tidak mendapat nombor akaun banknya (Aida) sehingga sukar baginya melaksanakan tanggungjawab tersebut.
"Semasa kali pertama kes ini dibicarakan pada November 2013 saya sudah memberikannya nombor akaun bank untuk memudahkan dia mendepositkan nafkah anak.
"Apa yang dia dakwa saya tidak memberikannya nombor akaun saya itu adalah penipuan dan saya sendiri sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku.
"Sekalipun dia tidak dapat nombor akaun berkenaan daripada saya, dia boleh menghubungi peguam saya tetapi dia tidak berbuat demikian sebaliknya memberikan pelbagai alasan," katanyadi Mahkamah Rendah Syariah, Isnin.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin memerintahkan Suffian selaku penghutang penghakiman membayar tunggakkan nafkah sejak Mei 2013 sehingga April 2015 sebanyak RM20,000.
Hakim Syarie, Nor Byetty Mohd Nasir turut memerintahkan Suffian membuat pembayaran tersebut secara ansuran selama empat bulan dan ia perlu dijelaskan sebelum 27 haribulan setiap bulan.
Nor Byetty turut mengarahkan nafkah bulanan Muhammad Rahul dibayar RM500 setiap bulan bermula Mei ini berbanding RM300 sebelum ini.
Pada prosiding itu Aida diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong manakala Suffian diwakili, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Dalam pada itu, Aida berkata, dia bukan sengaja mahu memperbesar-besarkan hal berkenaan tetapi ingin menyedarkan bekas suaminya itu supaya bertanggungjawab terhadap anak mereka yang kini semakin membesar.
"Wang bukanlah soalnya tetapi saya mahu dia memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada anak kami dan dia mampu untuk membayar nafkah berkenaan.
"Sekiranya memang benar dia tidak mampu, saya tidak akan membawa kes ini ke mahkamah," ujarnya.
Terdahulu, Suffian ketika ditemui media memberitahu, sejak bercerai, dia beberapa kali meminta nombor akaun tersebut daripada Aida namun mendakwa permintaan itu tidak diendahkan.
Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik.
Mereka mendapat seorang anak lelaki aitu Muhammad Rahul yang kini berusia tujuh tahun dan berada di bawah jagaan Aida.
Pasangan berkenaan berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun.
A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/20/a-aida-nafkah/

0 Komentar untuk ""Nafkah Tunggak RM20 Ribu, Bekas Suami Tiada Tanggungjawab" - A. Aida"