malaynews1. Powered by Blogger.

Suspek Bunuh Bekas Tunang Di Dakwa Di Mahkamah

Suspek Bunuh Bekas Tunang Di Dakwa Di Mahkamah | Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang, tengah hari tadi atas pertuduhan membunuh bekas tunangnya pada 10 April lalu.

Suspek Bunuh Bekas Tunang Di Dakwa Di Mahkamah

Tertuduh, Muhammad Irshahuddin Khalis Nasurudin, 23, bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dengan menikam mangsa di pekarangan parkir motosikal di Pasaraya Econsave Kluang, di sini, pada 5.45 petang.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Norafiah Saini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nuruhuda kemudiannya menetapkan kes akan disebut semula pada 26 Mei ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/45104#sthash.saVDPt40.dpuf

View the original article here

0 Komentar untuk "Suspek Bunuh Bekas Tunang Di Dakwa Di Mahkamah"
Back To Top