malaynews1. Powered by Blogger.

“Saya Tak Maafkan Mereka Sampai Mati” - Pelajar Tahfiz Mangsa Pukul

“Saya Tak Maafkan Mereka Sampai Mati” - Pelajar Tahfiz Mangsa Pukul | “Saya tidak akan maafkan mereka sampai mati,” demikian luah pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama dekat Pendang yang menjadi mangsa buli lebih 30 pelajar senior, Jumaat lalu.

“Saya Tak Maafkan Mereka Sampai Mati” - Pelajar Tahfiz Mangsa Pukul

Menurut mangsa, kejadian itu merupakan peristiwa hitam buat dirinya apabila dibelasah sehingga tidak bermaya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas dia menjumpai dompet bersama sejumlah wang ketika bermain di padang sekolah, kira-kira jam 6.30 petang.

“Semasa berada di padang, saya ternampak dompet tercicir di padang bersama wang sebanyak RM60.

“Saya mengambil wang terbabit dan meletakkan dompet itu di tepi tandas. Kemudian, pada jam 12 tengah malam, seorang pelajar tingkatan empat memanggil saya masuk ke sebuah bilik asrama,”

Menurutnya, setelah mengaku menjumpai dompet terbabit, dia mendakwa ditampar beberapa kali di bahagian muka sebelum mereka membawanya ke sebuah bilik lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima.

“Di situ, mereka pukul saya sehingga tidak dapat bangun dan berjalan. Macam-macam mereka buat kepada saya.

“Ada yang pukul kepala saya dengan telefon bimbit, libas tuala ke muka, baling serpihan siling ke muka, jentik telinga, tendang di bahagian dada serta membakar helaian rambut sebelum dicukur hampir botak,” katanya.

Katanya, tindakan beberapa pelajar yang membaling serpihan siling ke mukanya itu turut menyebabkan mata kanannya bengkak.

“Selepas itu, mereka mengangkat saya keluar dari bilik. Saya tidak mampu melawan selain merangkak ke bilik saya untuk menyelamatkan diri.

“Saya maklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan kepada warden asrama,” katanya.

Keesokan harinya, ayah mangsa yang ingin melawatnya di sekolah terbabit terkejut apabila melihat anaknya berada dalam keadaan tidak bermaya selain kesan lebam di bahagian muka serta anggota badan.

Menyedari kejadian itu, mangsa dibawa ayahnya untuk membuat laporan di Balai Polis Gurun sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

“Saya nak pindah sekolah, tidak mahu tinggal di asrama itu lagi,” katanya.

Kesan lebam pada anggota badannya turut menyebabkan dia sukar untuk bergerak dan tidur pada waktu malam.

#Aikk...lepas kejadian mangsa dah inform pada pengawal dan warden...apa yang derang buat, sampai bapa mangsa sendiri yang hantar dia ke hospital? Makan gaji buta keee???

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tak-maafkan-sampai-mati-1.382201

View the original article here

0 Komentar untuk "“Saya Tak Maafkan Mereka Sampai Mati” - Pelajar Tahfiz Mangsa Pukul"
Back To Top