Pengawal Keselamatan Yang Mengamuk Tidak Miliki Rekod Jenayah | Pengawal keselamatan yang mengamuk sehingga membunuh seorang pegawai bank di Taman Molek, Johor Baharu, didapati tidak memiliki rekod jenayah dan negatif saringan dadah.
Menurut Ketua Polis Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, lelaki berumur 44 tahun itu yang kini direman selama seminggu didapati mula bekerja di bank berkenaan tahun lepas.
"Dari siasatan awal, suspek mula bekerja di bank tersebut pada 24 Januari tahun lepas. Dia tidak mempunyai lesen senjata api dan hanya bertugas sebagai pengawal statik bangunan serta kawasan parkir kenderaan," katanya.
Dalam kejadian 3.30 petang semalam, seorang pegawai bank Ho, 33, maut selepas ditikam menggunakan pisau manakala rakan sekerja wanitanya yang berumur 54 tahun cedera dilibas oleh pengawal keselamatan itu yang mengamuk secara tiba-tiba.
Mohd Mokhtar berkata pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas bagi melakukan siasatan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan.
Seorang Pegawai Bank Maut Di Libas Pengawal Keselamatan
Beliau berkata siasatan meliputi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank dan rumah suspek, selain daripada merekod keterangan syarikat kawalan keselamatan yang menggaji suspek, pengurus serta pekerja bank berkenaan.
Katanya polis memberi jaminan kepada keluarga mangsa untuk mempercepatkan siasatan supaya suspek diadili segera dan akan meminta bantuan polis Bukit Aman dalam melakukan siasatan.
Ditanya mengenai dakwaan suspek mengalami masalah mental, Mohd Mokhtar menegaskan perkara itu masih di dalam siasatan polis dan pihak hospital.
Polis sehubungan itu meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan sepenuhnya.
sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/04/18/pengawal-keselamatan-terlibat-amuk-tidak-miliki-rekod-jenayah/

0 Komentar untuk "Pengawal Keselamatan Yang Mengamuk Tidak Miliki Rekod Jenayah"