malaynews1. Powered by Blogger.

Pengasuh Kejam, Rotan Budak Hingga Cedera Teruk

Pengasuh Kejam, Rotan Budak Hingga Cedera Teruk | “Saya memberikan rotan untuk dia menakut-nakutkan anak, bukan memukulnya sesuka hati sehingga berbirat seluruh badan,” kata Lau Hui Choon, 32, yang terkilan dengan perbuatan pengasuh memukul anak perempuannya berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di rumah pengasuh itu di Taman Sri Yaacob, Johor Baharu, kelmarin.

Pengasuh Kejam, Rotan Budak Hingga Cedera Teruk

Lau berkata, dia terkilan dengan tindakan pengasuhnya yang dipanggil ‘auntie’ itu kerana menyebabkan anak perempuannya bernama Chloe itu bukan saja cedera di paha, betis dan lengan, malah kini trauma.

Katanya, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada pengasuh anaknya yang berumur 40-an kira-kira jam 8 malam kelmarin memaklumkan terpaksa merotan anaknya itu kerana nakal.

“Dia (pengasuh) mungkin panik selepas anak saya menangis tanpa henti akibat kesakitan selepas dirotan kerana mendakwa anak saya kencing di atas sofa lalu menghubungi saya.

“Oleh kerana tidak sedap hati, saya bergegas ke rumahnya yang terletak di kawasan berdekatan dan sebaik tiba saya terkejut melihat Chloe sedang menangis.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/46289#sthash.G8FAmzqq.dpuf

View the original article here

0 Komentar untuk "Pengasuh Kejam, Rotan Budak Hingga Cedera Teruk"
Back To Top