Menantu Sultan Brunei Antara Qariah Terbaik Dunia | Minggu lalu, Brunei menjadi perhatian antarabangsa apabila salah seorang anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Abdul Malik telah melangsungkan perkahwinannya secara gilang gemilang.
Pasangannya, Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah turut menjadi perbualan ramai apabila tampil mempersona dengan persalinan mewah termasuk sepatu bertatah berlian dan perhiasan dari emas serta permata.
Namun, selain dari kecantikkannya, tak ramai yang tahu bahawa Rabiaatul pernah menyertai pertandingan ratu cantik muslimah dan dinobatkan sebagai qariah terbaik dunia.
Menurut laporan, pada tahun 2013, Adawiyah pernah menyertai pertandingan ‘Miss World Muslimah’ dan berjaya merangkul gelaran ‘The Best Muslimah Al-Quran Recital’ setelah berjaya memperdengarkan bacaannya dengan lancar.
Ia turut diakui sendiri oleh suaminya, Pengiran Abdul Malik dalam satu luahannya terhadap Adawiyah. Jelasnya lanjut, isterinya itu sememangnya memiliki sifat-sifat wanita yang sangat sopan dan terpuji.
“Yang Mulia Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah sudah terbiasa dengan didikan keagamaan dan sikap bersopan santun daripada kedua-dua ayahanda dan bonda dalam menjaga akhlak dan juga sikap hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain, bahkan keupayaannya dalam menjaga adinda-adinda ketika keduanya sibuk dengan tugasan merupakan satu kelebihan yang dimilikinya.
“Berkat didikan keagamaan yang begitu kuat daripada sekolah agama lagi serta bimbingan daripada ayahanda dan bonda yang begitu memperhatikan pendidikan agama, lebih-lebih lagi bondanya Pengiran Hajah Noor’aismah binti Pengiran Haji Ismail, seorang guru agama mengajar pelajaran Al-Quran telah memberi inspirasi kepadanya mengikuti beberapa peraduan membaca Al-Quran antaranya mewakili sekolah agama dan menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada 2005 dan mengikuti Skil Tilawah Al-Quran remaja pada 2008, di samping pernah mengikuti program Membaca Mandiri Minda di Sekolah Menengah Mengliat pada 2005.
Dengan kejayaan ini turut membawanya berjaya mendapat gelaran Pembaca Al-Quran Terbaik Muslimah (Best Muslimah Al-Quran Recital) keseluruhan dari semua aspek pada 2013 apabila berjaya mewakili negara dalam pertandingan Wanita Muslimah di Republik Indonesia yang bersangkut paut dengan aktiviti keagamaan.”
Bahkan, Pengiran Abdul Malik turut mengharapkan agar sikap positif yang dimiliki suri hatinya itu dapat menjadi inspirasi dan teladan kepada kaum hawa di negaranya.
Bukan sahaja menawan dan sedap mata memandang, Dayangku Raabi’atul Adawiyah turut membuktikan dirinya memiliki harta paling berharga iaitu ilmu.
sumber

http://www.ohbulan.com/video-ini-bukti-menantu-sultan-brunei-layak-dinobat-qariah-terbaik-dunia/
0 Komentar untuk "Menantu Sultan Brunei Antara Qariah Terbaik Dunia"