malaynews1. Powered by Blogger.

LAWAK - Aiskrim berbentuk kondom

icecream_M
SHENYANG - 
Sejenis aiskrim berjenama ‘Bubble Cream’ menerima kritikan hebat daripada ibu bapa kerana ia menyerupai kondom.
Aiskrim yang dibungkus dalam sarung getah itu dikatakan semakin popular di kalangan kanak-kanak di China, lapor portal Metro UK.
Seorang bapa, Wang Jiang berkata dia sangat terkejut kerana aiskrim itu berbentuk kondom.
“Bagaimana mereka boleh menjual produk sebegitu kepada kanak-kanak? Sebagai orang dewasa saya malu untuk makan apatah lagi untuk memberikannya kepada kanak-kanak,” katanya.
Bapa kepada seorang pelajar sekolah rendah itu berkata dia mengalami kesukaran untuk menjelaskan kepada anaknya mengapa aiskrim itu tidak patut dimakan, lapor TRP.

View the original article here

0 Komentar untuk "LAWAK - Aiskrim berbentuk kondom"
Back To Top