malaynews1. Powered by Blogger.

Ketumbuhan Otak Saya Bukan KANSER - Nazim Othman

Ketumbuhan Otak Saya Bukan KANSER - Nazim Othman | Sekian lama mendiamkan diri berkaitan tahap kesihatan diri, Nazim Othman akhirnya menyatakan penyakit ketumbuhan otak yang dialaminya bukan kerana kanser seperti yang disangka peminat!

Ketumbuhan Otak Saya Bukan KANSER - Nazim Othman

Malam tadi, Nazim Othman menerusi rakaman program H!Live Apa Kata Malaysia kendalian Datuk Aznil Nawawi di saluran Astro mendedahkan penyakit sebenar yang dialami baru-baru ini.

Pelbagai spekulasi mula bertebaran termasuk beliau dikatakan menghidap barah otak. Namun Nazim menjelaskan dia saat ini dalam proses pemulihan selepas menjalankan pembedahan akibat ketumbuhan di bahagian otak pada 6 Mac lalu.

Nazim turut menafikan beliau menghidap kanser. Kata Nazim lagi menerusi program bual bicara itu, sakit yang dialaminya itu bermula sejak Januari lalu. 

Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.

Kata Nazim, asalnya dia terkena demam hingga disyaki mengidap demam denggi. Bagaimanapun selepas pemeriksaan darah dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa dia bebas daripada penyakit itu.

Sebulan selepas demam, kepala Nazim masih terasa sakit dan ia berlanjutan selama sebulan. Malah ia, bukan sekadar pening biasa tetapi kesakitannya terasa amat sangat.

"Kepala saya macam nak pecah. Saya takut. Saya berdiri pun tak boleh hingga terpaksa panggil ambulans di tengah malam kerana tak mahu kacau orang lain," kata Nazim kepada Aznil.

Nazim kini tidak boleh terlalu yakin sudah pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu.

Dia juga mengakui berat badannya bertambah berikutan ubat-ubatan yang diambilnya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/43021

View the original article here

0 Komentar untuk "Ketumbuhan Otak Saya Bukan KANSER - Nazim Othman"
Back To Top