malaynews1. Powered by Blogger.

Jamaluddin Jarjis Antara Mangsa Heli Terhempas Di Sg Lalang

Jamaluddin Jarjis Antara Mangsa Heli Terhempas Di Sg Lalang : Dua dari tiga mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter malang yang terhempas di Sg Lalang dipercayai maut akibat terbakar dan ditemui rentung.

Jamaluddin Jarjis Antara Mangsa Heli Terhempas Di Sg Lalang

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul mengesahkan kejadian itu petang tadi.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan.

Menurut sumber, ahli parlimen Rompin Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis antara penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut.

Selain Dr Jamaluddin, pesawat tersebut dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato Azlin Alias turut dilaporkan berada di dalam pesawat tersebut dan seorang ahli korporat.

Sumber tersebut turut berkata, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu di pandu oleh Kapten Cliff Fournier, dilaporkan terbakar sebelum terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang – Kg Pasir Baru.

Kesemua mangsa dikatakan baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.

Ahli parlimen Rompin itu sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Program Perumahan Rakat 1Malaysia (PR1MA) dan Utusan Khas Malaysia bertaraf menteri ke Amerika Syarikat,

Namun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung kejadian itu.

Dilaporkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Kajang dan Bangi telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu menurut sumber portal Utusan Online lima daripada enam penumpang helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan maut.

Nasib seorang lagi penumpang masih belum dapat dipastikan.

sumber
http://www.suara.tv/2015/04/04/dua-dipercayai-maut-helikopter-terhempas-di-semenyih/

View the original article here

0 Komentar untuk "Jamaluddin Jarjis Antara Mangsa Heli Terhempas Di Sg Lalang"
Back To Top