malaynews1. Powered by Blogger.

Hukum Wanita Dalam Haid Baca Al-Quran

 

Wanita ketika datang haid tidak boleh solat atau puasa tetapi berzikir dan membaca al-Quran (yang di hafalnya) diharuskan malahan digalakkan berzikir dan beristighfar kerana dapat menghalang godaan dan bisikan syaitan dan untuk kurangkan tekanan jiwa.

Yang tidak dibenarkan menurut pendapat ulama adalah memegang al-Quran asli teks arab sepenuhnya. Jika al-Quran terjemahan dan ada tafsirannya maka ia dibolehkan pegang dan membacanya.

Telah ijmak (sepakat) para ulama bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadan). Puasa Ramadan wajib diqada, adapun solat tidak perlu diqada.

Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi SAW. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

Dalam ash-Shahihain, dari Nabi SWT diriwayatkan bahawasanya baginda pernah berkata kepada isteri baginda Aisyah, ketika Aisyah mengalami haid pada waktu berhaji,

اِفْعَلِيْ مَا يَفْعَلُ الْحَاجُ غَيْرَ أَلاَّ تَطُوْفِيْ بِالْبَيْتِ حَتىَّ تَطْهُرِيْ
“Lakukanlah apa saja yang dilakukan oleh jamaah haji lainnya selain tawaf di Kaabah, hingga engkau suci.”

Tentunya kita telah maklumi bersama bahawa para jamaah haji disyariatkan membaca Al-Quran, padahal membaca Al-Quran merupakan perkara yang sering dilakukan oleh jamaah haji yang tidak dikecualikan oleh Nabi SWT. Hal itu menunjukkan bahawa wanita yang dalam keadaan haid boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak boleh menyentuhnya.

Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya.

Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya.

Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya.

Wallahu a`alam



Related Post:

0 Komentar untuk "Hukum Wanita Dalam Haid Baca Al-Quran "
Back To Top