malaynews1. Powered by Blogger.

Guru KAFA Di Ugut Pecat Kerana Serah Memorandom

Guru KAFA Di Ugut Pecat Kerana Serah Memorandom | “Saya rela dipecat dengan tindakan ini demi memperjuangkan nasib guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini,” kata Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, guru KAFA yang menuntut kerajaan Selangor menaikkan pemberian elaun tambahan RM200 untuk kumpulan itu seperti dijanjikan.

Guru KAFA Di Ugut Pecat Kerana Serah Memorandom

Menurutnya, jika itu harga perlu dibayar untuk pengorbanan terhadap nasib guru KAFA di negeri itu, dia sanggup dipecat.

Katanya, tindakan dilakukan selama ini untuk menuntut manifesto ketika pilihan raya umum lalu ditunaikan.

Ekhsan Bukharee, 24, berkata, tindakan itu diambil selepas melihat Menteri Besar Mohamed Azmin Ali seolah-olah mendiamkan diri sedangkan ia membabitkan nasib lebih 7,000 guru KAFA di negeri itu.

“Dengan elaun RM1,212 sebulan, bagaimana kami mahu meneruskan kehidupan seharian.

“Ada guru KAFA tidak mempunyai pilihan lain sehingga mencari kerja sambilan sebagai pekerja pembersihan, menjual kuih dan mengajar mengaji.

“Itu belum ditolak kos barang dapur, bil utiliti, pinjaman kereta, peribadi selain perbelanjaan untuk keluarga termasuk mereka yang menjaga emak dan ayah,” katanya ditemui dmedia, semalam.

Isu mengenai elaun guru KAFA timbul selepas pelbagai pihak meminta kerajaan negeri menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berjanji mahu menaikkan elaun guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Pada 8 April lalu, Ekhsan Bukharee bersama rakannya masuk ke DUN Selangor untuk menyerahkan surat tuntutan elaun itu kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang.

Bagaimanapun, dia hanya menyerahkan surat tuntutan itu kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Datuk Mohamad Yasid Bidin untuk diserahkan kepada semua ADUN.

Pada masa sama, Ekhsan Bukharee turut menemui wartawan dan akibat tindakan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya Jumaat lalu kerana gagal mematuhi syarat perjanjian ditandatangani sebelum lantikan sebagai guru KAFA.

Surat tunjuk sebab itu mengandungi tiga dakwaan iaitu kesalahan mengadakan sidang media dan memberi kenyataan tanpa kebenaran, mengganggu sidang DUN yang berlangsung serta cuba mencetuskan provokasi dan dia perlu menjawabnya dalam tempoh 14 hari.

Ekhsan Bukharee berkata, sebelum mengadakan sidang media semalam, dia turut menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak kenali yang memintanya tidak meneruskan hasrat itu.

“Pesanan itu seakan mengugut, jika saya meneruskan juga sidang media ini, saya tidak dibenarkan mengajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kapar lagi.

“Jika betul mereka mahu memecat saya, lakukannya secara rasmi dengan menghantar surat pemecatan dan bukan melalui pesanan tidak rasmi seperti ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun dikenakan tindakan, dia tetap berjuang menuntut kenaikan elaun berkenaan demi kebajikan guru KAFA.

“Saya yakin setiap perjuangan itu ada pengorbanan dan saya bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya yang kini berbincang dengan peguam mengenai perkara itu.

Sementara itu, Pengarah JAIS Datuk Haris Kassim berkata, JAIS mengeluarkan surat tunjuk sebab kerana Ekhsan Bukharee gagal mematuhi syarat perjanjian ditandatangani sebelum lantikan sebagai guru KAFA.

“Sebagai seorang guru, dia tertakluk kepada syarat lantikan sebelum menandatangani surat perjanjian dan isu utama kegagalannya mematuhi perjanjian ditandatangani, bukannya isu tuntutan terbabit.

“Makluman daripada pegawai JAIS itu juga lebih kepada menasihati beliau patuh kepada syarat perjanjian pelantikan, bukan mengugutnya,” katanya.

Haris berkata, lantikan guru KAFA bersifat pegawai sambilan dan JAIS boleh menamatkan perkhidmatan mereka melalui notis jika mereka melanggar syarat perjanjian terbabit.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/43850#sthash.0cfVnfkA.dpuf

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Guru KAFA Di Ugut Pecat Kerana Serah Memorandom"
Back To Top