Duit Zamani Dalam Bank Lesap : Ketika berita gembira tentang keadaan Zamani Slam yang semakin baik dan beransur pulih ketika ini, timbul pula kisah lain yang menyelubungi penyanyi ini dan ia berkaitan dengan wang simpanan penyanyi ini.
Berdiri atas rasa tanggungjawab, peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa simpanan penyanyi ini lesap.
Menurut daripada tinjauan kami di ruangan Facebook milik peguamnya itu, terdapat pihak yang bagaikan tidak mahu perkara ini diketengahkan malah Zaharil sendiri menyatakan bahawa kisah sebenar di sebalik isu wang itu sendiri juga adalah lebih menyedihkan.
Lebih teruk lagi, melalui komen balas yang ditulis oleh peguam Zamani, dia bertindak berkenaan kerana dia menerima tohmahan yang mengatakan dia hidup di atas wang royalti Zamani.
Menafikan perkara tersebut, peguamnya memberitahu bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk kebaikan anak guamnya sendiri.
Selain itu, ada juga peminat yang bersimpati dengan keadaan tersebut namun dalam masa yang sama tidak mahu isu yang turut melibatkan maruah keluarga Zamani ini terus dibicarakan di laman sosial.
Malah ada yang menyifatkan perkara berkenaan melanggar privasi Zamani, sesuatu yang tidak digemari oleh penyanyi itu sendiri.
sumber
http://www.rotikaya.com/peguam-dedah-duit-zamani-dalam-bank-lesap/

0 Komentar untuk "Duit Zamani Dalam Bank Lesap"