malaynews1. Powered by Blogger.

"Saya Dapat Rasakan Jodoh Saya Dah Dekat" - Shaheizy Sam

"Saya Dapat Rasakan Jodoh Saya Dah Dekat" - Shaheizy Sam | Saat ini Shaheizy Sam mengakui yang dia sebenarnya tidak berniat langsung untuk merahsiakan hubungannya dengan pelakon dan model cantik, Syatilla Melvin.


Menurut Sam lagi, dia mula mengenali Syatilla sejak enam tahun yang lalu,“Memang Syatilla wanita paling rapat dalam hidup saya sekarang. Bukan niat saya untuk merahsiakan hubungan kami, tetapi saya lebih selesa kami berkawan dahulu.

“Apa yang boleh saya katakan, Syatilla seorang wanita yang menyenangkan. Dia seorang yang sempoi, dengan sesiapa pun dia boleh ‘masuk’.

“Dia jenis yang ajak minum dekat kedai mamak pun tak kisah,” katanya.

Namun ketika ditanya, adakah Syatilla merupakan wanita yang bakal menjadi suri hidupnya, pelakon kacak ini tersenyum malu.

“Saya dapat merasakan jodoh saya dah dekat. Doakan yang terbaik. Jemputan akan diberikan selepas semuanya ‘comfirm’.

"Buat masa ini, biarlah saya simpan dahulu siapa wanita yang bakal saya kahwini itu,” katanya ketawa. 

Sam ditemui ketika penggambaran belakang tabir Polis EVO di Studio 16, Sunway Damansara pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, akui terkilan apabila pernah dituduh kaki perempuan atau ‘playboy’ kerana kerap dikaitkan dengan beberapa artis wanita sebelum ini.

“Mula-mula dahulu sedih dan agak tertekan juga bila orang kata saya playboy. Tapi, saya positifkan diri sebab mulut orang kita memang tak boleh tutup.

“Contohnya ketika dikaitkan dengan Yana Samsuddin dan Fazura, saya lebih selesa mendiamkan diri kerana kalau saya cakap benda yang betul pun belum tentu orang percaya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/153401/Shaheizy-Sam-Bakal-Kahwin-Syatilla-Melvin-Dalam-Masa-Terdekat.aspx

View the original article here

0 Komentar untuk ""Saya Dapat Rasakan Jodoh Saya Dah Dekat" - Shaheizy Sam"
Back To Top