malaynews1. Powered by Blogger.

Bayi Ditemui Dalam Beg Vincci Di Masjid




RAWANG - Sayu dan terkilan dengan tindakan seorang ibu yang tergamak meninggalkan bayinya di dalam sebuah beg kertas VINCCI yang diletakkan di atas kereta di sebuah masjid.

Penemuan bayi yang baru lahir itu dikatakan ditemui di Majsid Country Home dalam beg kertas yang diletakkan di atas sisi sebuah kereta ketika pemilik kereta itu sedang menunaikan solat.

Difahamkan, bayi itu telah diazankan oleh jemaah masjid.

Sayu melihat wajah si kecil yang masih tidak mengerti apa-apa. Namun, bersyukur kerana si ibu memilih untuk meninggalkannya di masjid berbanding membuangnya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

"Punya susah nak mengandung, punya susah nak beranak, tak rasa sayang dan kasihan ke pada anak itu?" keluh seorang netizen, Syamsyul Bahri Umar.

Semoga bayi ini dapat membesar dan merasai nikmat menjadi makhluk ciptaanNya.





Gambar terbaru bayi comel berkenaan pagi tadi.




View the original article here

0 Komentar untuk "Bayi Ditemui Dalam Beg Vincci Di Masjid"
Back To Top