malaynews1. Powered by Blogger.

Awal Ashaari Dedah Barangan Peribadi Di Curi Ketika Kemalangan

Awal Ashaari Dedah Barangan Peribadi Di Curi Ketika Kemalangan | Awal Ashaari mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang akibat dicuri ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka pada 29 Mac lalu.

Awal Ashaari Dedah Barangan Peribadi Di Curi Ketika Kemalangan

Awal, 34 , berkata, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu.

Dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

"Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.

"Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil.

“Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri,”  katanya kepada mStar Online.

Awal ditemui pada majlis sambutan  tiga dekad majalah Media Hiburan, '30 Living Legends Media Hiburan' di Hotel Pullman.

Gambar Awal Asari Kemalangan, Kereta BMW 6 Series Terbalik

Dalam kemalangan yang berlaku, kereta yang dinaiki  Awal  dan dipandu rakannya rosak terus akibat terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan.

Kemalangan itu berlaku ketika Awal yang menumpang kereta rakannya itu dalam perjalanan bagi mengacarakan rancangan Melodi, TV3.

Dalam pada itu, Awal berkata dia masih lagi trauma apabila berada di dalam kereta kerana teringat kejadian yang menimpa.

"Selepas apa yang telah berlaku saya anggap apabila kita memandu, ia diibaratkan seperti kita bergadai nyawa di jalan raya.

"Malang tidak berbau. Sesiapa sahaja boleh terlibat dengan kemalangan. Jadi kita perlu lebih berhati-hati. Saya juga mengambil pendekatan untuk tidak memandu kereta sports sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/15/barang-awal-dicuri/

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Awal Ashaari Dedah Barangan Peribadi Di Curi Ketika Kemalangan"
Back To Top