malaynews1. Powered by Blogger.

20 Pelajar Maahad Tahfiz Al Abidin Belasah Pelajar Junior

20 Pelajar Maahad Tahfiz Al Abidin Belasah Pelajar Junior

20 Pelajar Maahad Tahfiz Al Abidin Belasah Pelajar Junior

KEJADIAN PUKUL DAN BULI LAGI!!!

Kali ini kejadian berlaku pada 17 April dekat anak saudara aku sendiri di SMA Ma'ahad Tahfiz Al-Abidin, Pokok Tai, Pendang Kedah.. anak saudara aku baru tingkatan 1 dan dipukul oleh 15 ke 20 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam jam 12.00 tgh malam hingga 1.30 pagi (18 april) hingga lemah tak bermaya!!!

Abang aku dah ambil tindakan report pada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan anak saudara aku masih TRAUMA lagi.. harap sangat tindakan setimpal diambil..

Itu pun nasib baik terdetik hati abang aku dia tak sedap hati dan pergi melawat anak dia kat asrama, tup2 terkejut tengok anak dia jadi macam ni, bila tanya mana warden? mana guard? x buat rondaan atau pantauan ka?

Alasan diberi senang sangat, warden tak bertugas dan serah kuasa warden pada pengawas tingkatan 4 5 saja, while guard plak tak meronda..

Kejadian punca bila anak saudara aku jumpa wallet berisi rm60 kat padang bola pada waktu petang, anak saudara aku ambek wallet tu.. tak sempat nak bertanya apa2 nak serah wallet tu, malam tu pelajar2 tingkatan 4 ala2 samseng heret anak saudara aku masuk dorm dan tanya ada ambek tak wallet tu..

20 Pelajar Maahad Tahfiz Al Abidin Belasah Pelajar Junior

Anak saudara aku mengaku dia jumpa kat padang, terus budak2 bajet samseng ni pukul dia dan heret dia ke dorm tingkatan 5 untuk di lanyak dan buli selama sejam setengah dengan 15 ke 20 orang sampai lunyai tak bermaya si mangsa ni..

Sekarang anak saudara aku sangat2 la trauma.. bila ditanya rupanya kes buli dan pukul ni banyak lagi berlaku sebelum ni kt asrama tu.. cuma budak-budak tu trauma dan takut nak bersuara.. apatah lagi asrama2 lain.. makin hari kejadian buli dan pukul ni makin berleluasa sampai mangsa kejadian jadi trauma nak pergi sekolah..

Mohon Kementerian Pendidikan Malaysia bwh kelolaan YAB Muhyiddin Yassin dgn YB Dato' Seri Idris Jusoh boleh perketatkan lagi pemantauan terhadap kes-kes macam ni..

Banyak jugak kita tengok video2 budak2 sekolah even budak perempuan bergaduh sesama sendiri, bajet ala2 samseng, di mana nilai-nilai murni generasi anak-anak kita sekarang? 10 tahun akan datang, apa akan jadi? kurang pendedahan atau terlebih pendedahan? kurang kasih sayang atau terlebih kasih sayang??

p/s : dlu geram sgt tgk video bdk2 kena pukul kena buli, now jadi kt anak saudara sendiri.. mangsa ada ckp ada pembuli tingkatan 4 ada rakam video.. masih menanti video tersebut..


Semetara itu, kes berkenaan kini sedang disiasat pihak polis, Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. Zahari berkata, laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di Balai Polis Gurun kira-kira 2.30 petang.

"Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya kepada pemberita di rumahnya, hari ini.

Muhammad Ammar berkata, selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar bilik pelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan lemah.

Menurutnya pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau akan dibelasah lagi.

Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan. - Bernama

Di Tulis Menerusi FB Zaharin Haris
sumber : http://goo.gl/2bXX5V
http://www.hmetro.com.my/node/44910#sthash.U65QhkDi.dpuf

View the original article here

0 Komentar untuk "20 Pelajar Maahad Tahfiz Al Abidin Belasah Pelajar Junior"
Back To Top