malaynews1. Powered by Blogger.

Yatt Hamzah Kesal Fail Terhadap Cerai

Yatt Hamzah Kesal Fail Terhadap Cerai | Yatt Hamzah menyedari tindakannya memfailkan kes perceraiannya adalah sesuatu yang tidak wajar kerana  masalah rumah tangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan.

Yatt Hamzah Kesal Fail Terhadap Cerai

Tambah Yatt, dia menyesali tindakan itu selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu.

"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," ujarnya.

Yatt berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pada 12 Mac lalu, pelakon itu dan pasangannya meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka cara baik.

Sementara itu, Yatt berkata, dia kagum dengan ketabahan wanita di negara bergolak itu yang berhadapan dengan pelbagai dugaan walaupun, kebanyakkan mereka kehilangan suami dalam peperangan.

"Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah.

"Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti," katanya.

Yatt Hamzah Mohon Mahkamah Tangguh Kes Sebulan, Percaya Rumahtangga Boleh Di Selamatkan

Dalam pada itu, Yatt berkata, sepanjang berada di Syria, dia banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan rumah tangganya semula.

Jelasnya, dia kini melihat suaminya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat.

"Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya.

"Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/30/yatt-kesal-cerai/

View the original article here

0 Komentar untuk "Yatt Hamzah Kesal Fail Terhadap Cerai"
Back To Top