malaynews1. Powered by Blogger.

Suami Bersentuhan Isteri Yang BerwudukTidak Batal Wuduk Tersebut?

ADAKAH sah isteri dalam keadaan berwuduk bersentuhan dengan suaminya tanpa syahwat? Menurut kisah, Nabi Muhammad pernah mencium dahi isterinya ketika dalam keadaan berwuduk dan kemudian baginda terus ke masjid untuk bersolat tanpa memperbaharui wuduknya.


RAHIMAH,

Johor


Dr.Salam

MEMANG terdapat pendapat yang menyatakan sedemikian. Bagaimanapun, bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan mazhab Syafie, pendapat sedemikian perlu diterangkan lebih lanjut.

Saya berpendapat, tidak cukup mengemukakan hadis di atas bagi menidakkan pegangan mazhab Syafie yang dipegang masyarakat Melayu turun temurun.Mungkin pengajian fikah perbandingan antara mazhab perlu diketengahkan terlebih dulu supaya tidak timbul salah faham masyarakat.

Umum mengetahui, menurut mazhab Syafie, batal wuduk apabila berlaku sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa lapik.

Bagaimanapun, mereka berbeza pendapat apabila ada membezakan antara orang yang menyentuh dan disentuh serta antara isteri dan mahram.Ada yang menyatakan wajib wuduk hanya kepada orang menyentuh dan bukan yang disentuh dan suami yang menyentuh isterinya.

Ada juga berpendapat sama saja iaitu batal wuduk. Bagi mazhab lain, sentuhan menjadikan batal wuduk apabila disertai dengan rasa berahi.Pegangan mazhab Syafie adalah yang paling selamat berdasarkan pengertian umum ayat al-Quran, maksudnya: “…atau kamu sentuh perempuan” (Surah al-Maidah ayat 6).

Bagaimanapun, perselisihan pendapat timbul dengan tafsiran ayat berkenaan.Antaranya, maksud itu bukan sentuhan biasa tetapi bermaksud persetubuhan.

Apa yang penting dalam beragama ialah wuduk bertujuan menjadikan seseorang itu suci, bukan saja zahir malah batin. Ia penting dalam proses beribadat kepada Allah.

sumber:myberita.com

View the original article here

0 Komentar untuk "Suami Bersentuhan Isteri Yang BerwudukTidak Batal Wuduk Tersebut?"
Back To Top