Sarimah Gementar Menjelang Detik Bergelar Isteri | Tak sampai dua minggu lagi akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan Tunku Jamie, Sarimah Ibrahim yang terkenal dengan kebecokannya sebagai pengacara dan penyampai radio mengakui, gementar menghitung hari untuk bergelar isteri.
Bakal menjadi suri kepada seorang jejaka yang bukan calang-calang orangnya, Sarimah sedar bahawa dia perlu bersedia untuk hidup dengan segala protokol kerabat diraja memandangkan Tunku Jamie, 43, adalah cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.
Melihat perkara itu dari sudut positif, kata Sarimah, perkara itu bukan satu masalah kepadanya memandangkan dia sudah biasa bekerja dengan protokol selama menjadi pengacara majlis untuk kerabat diraja.
“Saya beruntung kerana selama 18 tahun berada dalam industri ini, saya sudah biasa mengendalikan majlis protokol diraja. Tidak menganggap itu perkara mudah tetapi yang saya boleh katakan, saya sudah biasa dan boleh sesuaikan diri.
“Sebelum bertemu dengan Tunku Jamie lagi saya sudah biasa dengan protokol, jadi bagi saya tidak mendatangkan masalah,” katanya yang akan bernikah pada 2 April ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Sarimah memberitahu, ada beberapa panduan diraja untuk diketahui dan dipraktikkan olehnya apabila menjadi isteri Tunku Jamie kelak.
“Tetapi tidaklah membebankan pun kerana bukannya 24 jam kita hidup dengan protokol. Biasanya, protokol diraja itu akan diaplikasikan ketika keramaian. Kalau berada dalam ruang peribadi bersama-sama keluarga, macam kehidupan orang biasa juga.
“Jadi tiada masalah untuk saya kerana pada masa yang sama, Tunku juga banyak memberi tunjuk ajar,” katanya.
Merupakan perkahwinan kali kedua Sarimah selepas bercerai dengan Amir Andrew Abdullah, dia sedar perlu menghargai setiap ruang dan peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kali ini.
Malah sebagai seorang wanita yang pernah berkahwin dan gagal pula mempertahankannya, berdepan perkahwinan kedua memberikan perasaan yang bercampur-baur bagi dirinya.
“Ada positif dan negatif dalam hal ini. Positifnya, saya dapat belajar banyak perkara daripada kesilapan dalam perkahwinan pertama saya.
“Negatifnya, saya jadi berhati-hati. Bahayanya berhati-hati ini kerana kalau keterlaluan, sikap itu seolah-olah menyebabkan kita tidak membenarkan pasangan kita kenal diri kita. Tetapi kalau tak berhati-hati kita bimbang pula takut disakiti lagi,” katanya.
Mengaku bahawa perkahwinan terdahulunya gagal kerana dia terlalu mengawal keadaan, Sarimah menganggap perkahwinan perlu ada persefahaman daripada dua pihak demi menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangga yang dibina.
“Kalau orang yang baru melangkah ke alam perkahwinan, ya, barangkali mereka akan cepat teruja dan menganggap semuanya akan jadi indah-indah saja.
“Sebenarnya yang kadangkala orang tak ambil peduli ialah bagaimana untuk berusaha mengekalkan kerukunan. Itu bukan sesuatu yang mudah kerana kalau mahu perkahwinan berjaya, kedua-dua pasangan perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik.
“Tak bolehlah serah bulat-bulat kepada takdir kerana kita sebagai suami isteri perlu berusaha untuk menjadikan hubungan itu yang terbaik sebab tiada orang yang mahu rumah tangga mereka berakhir.
“Perkahwinan adalah untuk seumur hidup,”katanya.
Mengaku ada membincangkan hal berkenaan dengan Tunku Jamie, kata Sarimah, mereka sepakat untuk menjaga kerukunan hubungan suami isteri kelak lantaran masing-masing juga enggan mensia-siakan perkahwinan yang bakal dibina nanti.
Dalam pada itu, kata Sarimah yang juga merupakan hos baharu program bual bicara Bella di saluran NTV7 bermula April, dia juga sering berdiskusi dengan bakal suaminya mengenai hal itu dan menganggap masing-masing tidak perlu berahsia dalam semua perkara.
“Ini juga yang saya pelajari daripada perkahwinan lepas, jangan berahsia. Apabila anda berahsia, rahsia itu akan jadi semakin lama semakin besar.
“Kalau sayangkan hubungan, kedua-duanya harus terima baik buruk pasangan mereka. Dalam hal ini, ya, saya lebih senang untuk menjadi diri sendiri dan lelaki secara semula jadinya memang suka wanita itu bersikap jujur.
“Saya juga senang dengan karakter Tunku yang sangat tenang. Dia pendiam sebenarnya dan saya pula kontra, banyak bercakap.
“Nak suruh dia bercakap, saya kena banyak bertanya dan itu yang saya lakukan,” katanya sambil tertawa.
Sarimah juga mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar apabila kelak jika diizin Tuhan, dapat bergelar ibu.
“Saya tak akan berikan jawapan klise saat orang bertanya sudah bersediakah jika satu hari nanti berpeluang bergelar seorang ibu? Saya gementar sebab saya tak pernah ada pengalaman itu sebelum ini.
“Saya pasti mana-mana wanita yang belum pernah hamil pasti tidak dapat merungkaikan bagaimanakah perasaan itu sehinggalah mereka sudah bergelar ibu.
“Tetapi kalau ditanya sama ada saya mahu anak atau tidak, ya saya memang mahu anak dan berdoa agar berpeluang untuk bergelar seorang ibu nanti,” katanya yang bakal menyarung persalinan rekaan Salikin Sidek dan Melinda Looi pada majlis perkahwinannya nanti.
sumber
http://www.utusan.com.my/ hiburan/protokol-tiada- masalah-sarimah-ibrahim-1. 72263

http://www.utusan.com.my/
0 Komentar untuk "Sarimah Gementar Menjelang Detik Bergelar Isteri"