malaynews1. Powered by Blogger.

Kematian 3 Beradik: Remaja Ini Terlepas Hukuman Mati

Kematian 3 Beradik: Remaja Ini  Terlepas Hukuman Mati  | Setelah dua tahun tragedi pembunuhan kejam tiga beradik berlaku, seorang remaja berusia 20 mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian salah seorang daripada mereka.


Tertuduh, Mohd. Firdaus Mohd. Faridul membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Choo Kah Sing.

Mengikut pertuduhan berke­naan, Mohd. Firdaus didakwa menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di kawasan bendang terbiar di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam pada 29 November 2013.

Kematian 3 Beradik: Remaja Ini Terlepas Hukuman Mati

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda. Dengan pertuduhan pilihan tersebut, Mohd. Firdaus terselamat daripada hukuman gantung sampai mati kerana sebelum ini tertuduh didakwa membunuh Noor Syafikah Nadia mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib sementara tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid. Ketika mengemukakan rayu­an tertuduh memohon agar mah­kamah mengambil kira usianya yang masih muda selain dia telah insaf atas perbuatannya itu. Burhanudeen memberitahu, anak guamnya itu tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mangsa malah ia merupakan kesa­lahan pertamanya dan tertuduh yang merupakan anak sulung daripada lima beradik juga merupakan harapan keluarganya.

Salim bagaimanapun memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kes berke­naan melibatkan kepentingan awam selain sebagai pengajaran untuk mengelak kes seperti itu berlaku.


“Faktor mitigasi yang dikemukakan tertuduh perlu diimbangi dengan faktor kepentingan awam. Saya memohon hukuman setimpal agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kematian orang lain,” kata Salim.

Terdahulu, tertuduh mengakui fakta kes, laporan tangkapan, gambar-gambar bedah siasat serta tempat kejadian termasuk lokasi dia membakar seluar track mangsa dan bahan bukti iaitu zip seluar tersebut selepas dibacakan serta ditunjukkan kepadanya. Kah Sing kemudian menetapkan 9 April depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, hasil pemeriksaan oleh Pakar Perunding Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Mohd. Shuhaini Mohd. Noor pada 1 Disember 2013 menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dengan rongga mulut, saluran pernafasan dan rongga perut dipenuhi dengan lumpur cair. Hasil bedah siasat itu juga menemukan, mangsa mengalami kesan lebam dan melecet pada beberapa anggota badan termasuk alat sulitnya dipercayai diakibatkan oleh benda tumpul.

Kematian 3 Beradik: Remaja Ini Terlepas Hukuman Mati

Terdahulu, tertuduh dikatakan mengajak mangsa bersama dua adiknya, Nurul Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, keluar meronda di kawasan Kampung Gelam dengan menaiki motosikal bersama seorang rakannya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mayat Noor Syafikah ditemukan dalam keadaan meniarap dan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang pada 30 November 2013, di kawasan bendang terbiar di Kampung Alor Senibong.

Kedua-dua adiknya itu pula ditemukan mati kira-kira pukul 3 petang keesokannya dalam keadaan terapung di tali air Terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kampung Padang Petani di sini. -

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/remaja-mengaku-bersalah-sebabkan-kematian-noor-syafikah-1.73973

View the original article here

0 Komentar untuk "Kematian 3 Beradik: Remaja Ini Terlepas Hukuman Mati"
Back To Top