malaynews1. Powered by Blogger.

Kantoi, Tersilap Curi Beg Polis

Kantoi, Tersilap Curi Beg Polis | Malang bagi seorang penjenayah apabila tersilap mencuri beg tangan anggota polis sebelum ditahan di tandas wanita di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Lebuhraya Utara-Selatan di sini, pagi semalam.

Kantoi, Tersilap Curi Beg Polis

Dalam kejadian jam 5 pagi, remaja lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai bersembunyi dalam tandas wanita namun tersilap sasaran apabila beg tangan dicuri milik anggota polis wanita berpangkat koperal berusia 29 tahun.

Sumber berkata, beberapa anggota polis masuk ke tandas sambil membawa beg tangan masing-masing sebelum seorang daripada mereka terdengar pintu sebelah terbuka.

“Mangsa berpangkat koperal keluar namun terkejut apabila mendapati beg tangan diletakkan atas pam tandas di belakangnya tiada sebelum memaklumkan rakan lain.

“Beberapa rakan yang berada di luar tandas menyedari kelibat seorang lelaki keluar dari tandas wanita secara tergesa-gesa dan meluru masuk ke dalam tandas lelaki lalu menguncinya dari dalam,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa memaklumkan beg tangan mengandungi wang tunai, dua telefon pintar dan beberapa dokumen penting hilang dipercayai dicuri.

Menurutnya, rakan lelaki mangsa keluar dari tandas wanita masuk ke tandas lelaki mencari suspek dan mendapati satu tandas terkunci dari dalam.

“Wanita itu bersama rakannya menunggu 15 minit sebelum memecahkan pintu dan menemui seorang remaja lelaki bersama beg tangan yang dicuri.

“Suspek yang panik selepas menyedari kehadiran anggota polis cuba memanjat ke tandas sebelah malangnya tergelincir atas lantai sebelum dicekup,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bersama beberapa anggota lain menaiki bas Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dalam perjalanan pulang dari Kangar, Perlis selepas menyertai pertandingan sukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, suspek dipercayai terbabit dengan kegiatan curi di tempat lain sepanjang R&R Lebuhraya Utara-Selatan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/36087#sthash.fIWZUpdE.dpuf

View the original article here

0 Komentar untuk "Kantoi, Tersilap Curi Beg Polis"
Back To Top