malaynews1. Powered by Blogger.

Bayi Ini Dianggap Dewa Kerana Ketumbuhan Di Muka

Bayi Ini Di Anggap Dewa Kerana Ketumbuhan Di Muka : Seorang bayi perempuan yang mempunyai ketumbuhan di muka seperti belalai gajah kini dipuja masyarakat setempat yang percaya kanak-kanak itu jelmaan dewa Hindu Ganesha.

Bayi Ini Dianggap Dewa Kerana Ketumbuhan Di Muka

Bayi yang belum dinamakan dilahirkan Khamis lalu di kampung Aligarh yang terletak di negeri Uttar Pradesh.

Berita kelahiran bayi ‘suci’ itu tersebar meluas dalam tempoh beberapa hari dan ramai pelawat yang datang menggelar bayi itu dengan nama jolokkan Dewi Ganpatni yang bermaksud isteri Ganesha.

Dewa Ganesha tuhan dalam agama Hindu yang mempunyai wajah seperti gajah.

“Kakak ipar saya melahirkan bayi perempuan ini jam 7 pagi (waktu tempatan) dan wajah bayi ini menyerupai Dewa Ganesha.

“Semua orang memberitahu bahawa anak saudara saya ini jelmaan dewa,” kata ibu saudara bayi itu. - AFP


sumber
http://wangolds.com/Thread-Bayi-India-Cacat-Di-Muka-Didakwa-Jelmaan-Dewa?pid=154205#pid154205

View the original article here

0 Komentar untuk "Bayi Ini Dianggap Dewa Kerana Ketumbuhan Di Muka"
Back To Top