Batu Akik Bernilai RM300K | Seorang lelaki dari Bengkulu, Sumatra yang memiliki batu akik dinilai terlalu unik masih memikirkan untuk menjualnya walaupun ditawarkan harga hampir RM300,000.
Dikenali sebagai akik Kecubung Wulung Junjung Derajat, Herawansyah berkata, batu cincin itu dibeli isterinya daripada seorang jiran dengan harga Rp1 juta (RM284).
Pada awalnya, kata Herawansyah, dia tidak tahu-menahu batu akik berkenaan bernilai sangat tinggi sehinggalah ada seseorang bertanya mengenainya.
“Seseorang dari Jawa ternampak saya memakai cincin ini.
“Dia tertarik dan menawarkan mahu menukarkan batu akik ini kepada sebuah kereta Mitsubishi Pajero baru miliknya,” katanya.
Disebabkan masih keberatan, kata Herawansyah, lelaki terbabit kemudian menggandakan tawarannya dengan menjanjikan dua unit kereta pacuan empat roda itu.
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/ 38318#sthash.Y3iOS8uX.dpuf

http://www.hmetro.com.my/node/
0 Komentar untuk "Batu Akik Bernilai RM300K"