malaynews1. Powered by Blogger.

Benarkah ini kekasih baru Kamal Adli?


SEJAK hubungan cinta yang dibina hampir enam tahun bersama pelakon cantik, Intan Ladyana, kecundang di tengah jalan, bintang kacak ini sering menjadi buruan kontroversi.

Walaupun namanya dalam bidang lakonan semakin mendapat tempat, namun ramai yang lebih berminat untuk mengetahui soal peribadi dan teman pengganti Kamal Adli.

Pernah dikaitkan dengan pelakon, Emma Maembong dan turut terseret dalam kancah konflik hubungan Emma bersama Zizan Razak sehingga dituduh menjadi orang ketiga, nama Kamal kembali mendapat perhatian.

Walaupun sedaya upaya menepis gosip cinta, namun sekali lagi Kamal dikhabarkan telah menemui cinta baharu apabila fotonya bersama seorang gadis tersebar.

Pun begitu, enggan membiarkan peminat terus menerus berteka-teki mengenai statusnya kini, pelakon filem, Misi Tawan Baby ini menafikan dakwaan berkenaan.

"Bila masa pula Kamal ada kekasih baharu ni? Siapa pula yang bawa cerita ni? Mengenai gambar yang tersebar di blog-blog hiburan itu, ia hanyalah gosip dan fitnah semata-mata.

"Wanita dalam gambar itu hanyalah sekadar peminat sahaja, tidak lebih dari itu," katanya lagi.

Sebelum ini, Kamal pernah memberitahu bahawa belum masanya lagi untuk dia mencari pengganti dan lebih selesa untuk memberi tumpuan penuh kepada kerjaya.

"Buat masa ni, saya malas nak fikir pasal cinta lagi. Biarlah saya seorang dulu. Bukan serik, namun lebih berhati-hati. Mungkin selepas ini, saya malas dah nak bercinta lama-lama.

"Kalau ada yang sesuai, saya nak terus kahwin sahaja," kata pelakon drama bersiri, Antidot ini.
View the original article here
0 Komentar untuk "Benarkah ini kekasih baru Kamal Adli?"
Back To Top