malaynews1. Powered by Blogger.

WAJIB BACA!!!Kisah Menyayat Hati Adik Qistina Yang Menghidap Leukemia







Assalam, ini kisah selanjutnya tentang Adik Qistina.



Bismillah... kali pertama menatap wajah adik Qysstina Syafieka Bt Erman Shah (7 tahun) hanya Allah S.W.T sajalah yg tahu betapa pilunya hati mengenangkan insan sekerdil itu harus menjalani nasib yg sedemikian. Tidak terjangkau akal saya utk menggambarkan betapa sengsaranya dia menahan kesakitan yg Allah S.W.T turunkan sbg ujian utknya dan kedua ibu ayah. Bibirnya tidak putus2 merintih dlm esak tangis " tak selesa badan ibu..tak selesa badan ibu....lenguh ibu....." Kerapkali juga dia memanggil ibunya..dan meminta dipeluk ibu. Seketika dalam pelukan ibu...dia pun terlelap dan pelukan pun terlerai.



Dia mula mengidap leukemia atau kanser darah pada usia 4 tahun. Bermula saat itu....kedua ibu ayah yg berniaga barang2 mainan di pasar malam tidak pernah jemu berusaha...berkorban segalanya atas impian ingin melihat anak tersayang pulih spt sediakala. Kalau dahulunya ketika berniaga semua anak2 di bawa bersama ke tapak niaga tp kini mereka hilang mata pencarian kerana menumpukan sepenuh masa utk menjaga Qysstina. Segala apa yg ada habis dijual satu demi satu...demi menampung kos perubatan.



Selagi ada peluang mereka sanggup mencuba apa saja. Mereka melengkapkan semua kaedah yg disarankan hospital termasuklah...menjalani proses kemoeterapi.



Ketika usia 5 tahun...adik Qysstina menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yg didermakan oleh adiknya Rayyan Hezri yg ketika itu berusia 4 tahun. Namun kita manusia hanya mampu merancang...Allah juga menentukan segalanya...selepas dua tahun pemindahan sum-sum tulang itu...hari ini pihak hospital tidak mampu mencadangkan sebarang kaedah lagi selain memberikan morfin utk membantu mengurangkan kesakitannya.



Bermula dengan telinga...gusi ..kuku...dan akhirnya mata, insan terpilih ini mula mengalami pendarahan. Matanya sudah terkatup...tidak tahu apakah mata itu masih sempurna atau sudah rosak. Ibu dan ayah takut utk " menyentuh" mata itu ..bimbang akan meyakiti atau bimbang dijangkiti kuman. Sekadar mencuci dgn cecair yg dibekalkan pihak hospital. Manakala tgnnya sentiasa menekup sebelah telinga yg sudahpun mengalami pendarahan...dia yg masih mampu berbicara memberitahu.." sakit telinga ni ."



Ayah beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan kesedihannya mengenangkan satu masa lalu Qistina adalah anak emas yg sgt rapat dgn beliau. Anak sulung dr tiga adik beradik itu sangat manja dgnnya. Hari ini...anak kesayangannya itu enggan didokong atau diuruskannya kerana sentuhannya dirasakan kasar utk tubuh yg hanya tinggal tulang dan kulit itu.



Alhamdulillah...adik Qysstina masih mampu makan dan minum seperti biasa walaupun tidaklah sebanyak mana walaupun sambil berbaring shj. Putu mayam... itulah sahaja selera makannya setiap hari sekarang. Kebelakangan ini..dia mula meminta buah manggis. Di manalah hendak dicari hajatnya ini kerana sekarang bukanlah musimnya. Namun si ayah sudah berpesan kpd semua sahanat khusunya pemandu lori atau bas...kalau ada ternampak buah manggis...tolonglah belikan utk menunaikan hajat anak kesayangannya.



Meminjam kata2sahabat saya..Allah memilih kita untuk membantu seseorang bukanlah kerana kita baik atau mereka perlukan bantuan kita.Tetapi Allah ingin memberi kita peluang untuk membantu diri kita. Barakah adalah rahsia Allah S.WT. Kepada anda yg ingin menyumbang membantu meringinkan beban keluarga ini...silalah hubungi saya...



Ini yg ditulis oleh Natipah Abu..



Pada yg sudi utk menghulur, ini akaun nombor suami kak Ena,



MAYBANK : 5601 9300 2064

Mohamad Zamri bin Shaari




 
0 Komentar untuk "WAJIB BACA!!!Kisah Menyayat Hati Adik Qistina Yang Menghidap Leukemia"
Back To Top