malaynews1. Powered by Blogger.

Tips-Tips Belajar Yang Berkesan





Belajar ‘last minute’ adalah tidak efektif. Sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum exam perlu melakukan revision. Ada sepuluh cara pintar supaya waktu belajar kita menjadi efektif.



1. Belajar untuk memahami, bukan sekedar menghafal


Ya, fungsi utama kenapa kita harus belajar adalah memahami hal-hal baru. Kita boleh hapal 100% semua isi pelajaran, tapi yang lebih penting adalah adakah kita sudah memahami semua material yg dihafal itu. So, sebelum menghafal, berusahalah untuk memahami dahulu isi kandungan pelajaran itu.





2. Membaca adalah kunci belajar


Untuk pemahaman yg maksimum, membaca berulangkali adalah caranya. Lebih baik lagi jika membaca material pelajaran sebelum dan selepas kelas.


3. Mencatat isi-isi penting pelajaran


Jangan membuat nota pelajaran yang panjang. Ambil isi penting atau kesimpulan dari setiap pelajaran yang pelajari. Kata-kata kunci inilah yang akan berguna sewaktu kita mengulangkaji pelajaran sebelum exam.


4. Menghafal kata-kata kunci


Kadang-kadang, tidak perlu menghafal isi-isi pelajaran yang banyak dan panjang. Ambillah kata kunci supaya mudah untuk otak kita mengiatinya. Misalnya, kata kunci untuk menghafal warna-warna pelangi adalah MEJIKUHIBIU, maksudnya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.


5. Pilih waktu belajar yang sesuai


Waktu belajar yang paling sesuai adalah semasa badan kita dalam keadaan segar. Jadi, tidak semua orang mempunyai waktu belajar sesuai yang sama. Tetapi, biasanya waktu pagi adalah waktu yang sesuai kerana kita mempunyai tumpuan yang tinggi. Gunakanlah saat ini untuk mempelajari isi-isi yang belum diajar atau untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya subjek yang kita lemah.


6. Mewujudkan suasana belajar yang tenang


Banyak hal yang boleh membuatkan suasana tempat belajar yang tenang. Contohnya, memasang lagu yang sesuai dengan mood belajar kita. Tempat belajar juga boleh dipelbagaikan untuk mengelakkan kebosanan dengan tempat-tempat tertentu, asalkan tumpuan kita tidak diganggu oleh pihak/unsur lain.





7. Belajar secara berkumpulan (study group)


Untuk keberkesanan yang maksimum, buatlah group lebih-kurang 5 orang, tak terlalu ramai dan tidak sedikit. Suasana belajar seperti ini biasanya dapat memberi kita ekstra maklumat dan kurang membosanka
n.




8. Buat banyak latihhan


Sebenarnya kita boleh melatih sendiri kemampuan otak kita. Pada akhir setiap bab pelajaran, buatlah latihan-latihan yang berkaitan. Oleh itu, kita akan tahu kemampuan kita dan dapat mengenal pasti masalah kita dan seterusnya mengatasi setiap masalah yg kita hadapi dengan bertanya kepada kawan atau guru kita.



9. Kembangkan bahan yang sudah dipelajari


Cubalah untuk selalu bertanya tentang apa yang telah kita pelajari. Carilah sebanyak yang boleh maklumat dari internet atau mana-mana rujukan lain. Cara ini boleh mengembangkan lagi pengetahuan kita.


10. Sediakan waktu untuk istirahat


Ambillah sedikit masa untuk berehat setelah penat mengulangkaji. Merehatkan otak kita penting supaya otak boleh menerima maklumat baru dengan mudah. Selain itu, kita juga akan dapat berfikir secara baik dan teratur. - blogsanasini



 

0 Komentar untuk "Tips-Tips Belajar Yang Berkesan"
Back To Top