Aktres Erin Malek yg baru dua bulan bergelar isteri berkongsi dia tidak kisah bergelar ibu di usia yg muda.
Bakal menjengah umur 21 pada tahun hadapan, Erin berkata dia dan suami tidak merancang kehamilan, sebaliknya bersedia dan bersyukur sekiranya dikurniakan zuriat dalam waktu terdekat ini.
“Setakat ini, belum lagi ada tanda-tanda kehamilan. Memang ada ramai yang bertanya, walaupun usia berkahwinan Erin dan suami baru masuk dua bulan"
"Kalau boleh, suami memang mahukan anak seawal yg mungkin. Cuma, kami anggap belum ada rezeki lagi", ujar pelakon filem ‘Tentang Bulan’ itu saat ditemui di majlis pelancaran restoran baharu, Magnum Cafe Kuala Lumpur di pusat beli-belah Mid Valley Megamall.
Mengakui segalanya masih terlalu awal, Erin berkata, dia tidak mahu terlalu terburu-buru, sebaliknya dia dan suami sedang menikmati fasa bulan madu sebagai pengantin baru.
Baru pulang dari berkelana di Los Angeles, pasangan bahagia ini akan terbang sekali lagi pada penghujung Disember. Destinasi kali ini adalah kota London.
“Suami seorang yang memang suka berjalan, dan itu adalah hobinya yang dikongsi sama dengan saya. Jadi kami tak kisah berbelanja untuk tujuan itu”, ujar wanita genit itu.
Saat ditanya tentang kehidupan barunya di alam rumahtangga, Erin berkongsi bahawa pengalaman itu adalah sesuatu yang baru untuk dirinya.
“Sebagai pasangan muda, pastilah akan ada cabaran dalam kehidupan kami. Tapi, kami akan bersama mencari cara untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Walaupun duduk di rumah sendiri, Erin tetap perlu menjaga hati kedua-dua belah keluarga, di samping menjaga kebajikan diri dan suami”, ujarnya.
Sedikit kekok untuk menyesuaikan diri pada peringkat awal perkahwinan, pelakon drama ‘Misiku Kuza’ ini berkata dia berusaha keras untuk memberikan yang terbaik untuk kehidupan suaminya dan mengakui akan rasa sedih dan kecewa bila sahaja ada kekurangan.
“Syukur suami seorang yang cukup memahami dan tak henti-henti memujuk bila saya bersedih hati”, katanya yang baru-baru ini menyambut hari kelahiran suami dengan satu makan malam romantik.
0 Komentar untuk "TAHNIAH!!!Erin Malek Tidak Kisah Bergelar Ibu Dalam Usia Muda"