malaynews1. Powered by Blogger.

LOL!!!Wanita Meraung, Ada Tompokan Air Mani Atas Kemaluan




Miri: Seorang wanita warga Indonesia meraung sebaik doktor memaklumkan

dia berkemungkinan dirogol selepas ditemui orang awam tidak sedarkan diri 

di Terminal Bas, Pujut, di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 33 tahun itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tidak

sedarkan diri jam 9 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan 

pemeriksaan lanjut, bagaimanapun punca sebenar kejadian belum diketahui.

Sumber berkata, mangsa yg masih dalam keadaan lemah dan trauma, meronta-

ronta ketika dimaklumkan doktor ada tompokan air mani pada alat sulitnya.

“Mangsa dipercayai diberikan dadah sebelum dirogol, selepas hasil ujian air kencing 

mendapati dia positif methaphetamine.

“Punca kejadian masih belum diketahui kerana mangsa masih trauma dan polis 

masih menyiasat kejadian yg menimpa mangsa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon 

Ringgit berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan selepas hospital membuat

laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini.Katanya, mangsa masih dirawat di Hospital

Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

 

0 Komentar untuk "LOL!!!Wanita Meraung, Ada Tompokan Air Mani Atas Kemaluan"
Back To Top