Entri kali ini akan aku kupaskan berkenaan 7 rayuan roh sebaik sahaja meninggal dunia. Aku tau, korang mesti pernah terbaca mengenai perkara ini. Apapun, mari sama-sama mengambil manfaatnya ya.
1. Ketika jasad hendak dimandikan, ROH akan meminta orang yang memandikan supaya melepaskan pakaian dengan perlahan kerana disaat itu jasadnya sedang berehat selepas kesakitan seretan roh oleh malaikat maut.
2. Ketika jasad sedang dimandikan, ROH akan meminta orang yang memandikan supaya tidak dikenakan air dalam keadaan panas atau sejuk kerana kesakitan jasadnya seakan-akan terbakar selepas roh keluar dari tubuh.
3. Ketika jasad dimandikan, ROH juga meminta agar tidak menggosok terlalu kuat jasadnya kerana kesakitan daripada luka-luka daripada keluarnya ROH dari jasad.
4. Ketika jasad dikafankan, ROH meminta agar tidak diketatkan ikatan dan juga dibukakan sedikit bahagian wajahnya kerana ingin melihat ahli keluarganya buat kali terakhir sebelum ditanam sehinggalah hari kiamat.
5. Sebaik sahaja keluar dari rumah, ROH meminta supaya tidak disakiti isterinya yang sudah menjadi balu dan anaknya yang sudah menjadi yatim kerana dia sudah tiada lagi untuk memberi perlindungan.
6. Apabila mayat diletakkan di atas pengusung, ROH sekali lagi meminta agar dilambatkan sedikit perjalanan selagi belum mendengar suara anak dan isteri buat kali terakhir.
7. Selepas 3 langkah dari rumah, ROH berpesan kepada semua yang ada termasuk saudara-mara dan keluarga agar tidak terpedaya dengan tipu daya dunia sepertimana dia tertipu dan meminta agar mereka sentiasa mendoakannya.
Itulah serba ringkas berkenaan 7 rayuan roh selepas berlakunya kematian. Korang boleh rujuk sendiri kepada ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah untuk keterangan yang lebih lanjut.
Paling tidak, cubalah baca melalui buku-buku perihal kematian dan banyak dinyatakan di dalamnya tentang kisah benar mengenai alam ROH selepas mati. Wallahua’lam.
Sumber ini dipetik dari mohd-ridzwan.com.

Tag :
Rayuan
0 Komentar untuk "INFO!!!7 Rayuan Roh"