malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR!!!Rakaman Video dan Gambar Kekasaran Antara Penyokong Harimau Malaya dan Vietnam..




Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam semalam antara Malaysia dan Vietnam menyaksikan Malaysia tewas digelanggang sendiri dengan jaringan 1-2 kepada Vietnam. Namun kekalahan semalam tidak menjadi perbualan mulut media dan peminat tempatan kerana aksi kekasaran segelintir penyokong Malaysia ke atas penyokong Vietnam menjadi perbualan pada hari ini bukan sahaja di Malaysia malah dibeberapa negara Asean seperti di Vietnam sendiri serta Singapura.



Insiden pergelutan itu berlaku pada minit-minit akhir perlawanan ketika Vietnam sedang mendahului Malaysia dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Insiden ini jelas memalukan Negara Malaysia yg seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan ke atas Vietnam sedangkan terdapat 90 minit lagi masa di separuh akhir kedua yg akan diadakan di Vietnam.



Insiden ini juga mendapat respon segera daripada Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin yg berasa marah dan kecewa dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia. Beliau juga mahu tindakan tegas dan segera diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu yang menurutnya boleh memberi implikasi buruk kepada keselamatan penyokong skuad negara di Hanoi nanti.










"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.



"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong Malaysia di Hanoi nanti.



"Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan terbabit," katanya seperti dipetik di laman sosial facebooknya, awal pagi tadi.



Oleh kerana penyokong ganas ini tidak akan memohon maaf, beliau sendiri menyatakan permohonan maafnya kepada penyokong Vietnam terutama mereka yang diserang di Stadium Shah Alam.



"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.





Lihat beberapa keping gambar dan rakaman video yang dikongsikan daripada laman web siakapkeli.com.my. Diharapkan mereka-mereka yang mencemarkan sukan bola sepak tanahair dapat diambil tindakan sewajarnya oleh Pihak Polis. Sudah sampai masanya mereka-mereka penyokong bola sepak yang selalu menimbulkan  kekecohan di stadium dilarang untuk beberapa masa daripada menghadiri apa-apa perlawanan bola sepak di tanah air serta negara luar. Sudah menjadi adatlah setiap perlawanan sukan akan ada cemuh-mencemuh antara penyokong pasukan yang bertanding. Tetapi tidak perlulah sampai kepada berlakunya kekasaran. Agak-agak kalau tidak boleh dikutuk tengok bola depan TV dekat rumahlah..






























 

0 Komentar untuk "GEMPAR!!!Rakaman Video dan Gambar Kekasaran Antara Penyokong Harimau Malaya dan Vietnam.."
Back To Top