malaynews1. Powered by Blogger.

DUNIA SEKARANG!!!Gadis Hendak Dicabul Dalam Bas, Penumpang Lain Buat Bodo




Situasi dua orang gadis yg dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.



Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yg menolong meleraikan kejadian tersebut.



Klip rakaman amatur tersebut yg dirakam oleh seorang wanita yg sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.



Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.



Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yg juga adik beliau dan membuat aksi cium.



"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.



"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.



Tiga lelaki yg terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.



Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.



Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.

IHT
0 Komentar untuk "DUNIA SEKARANG!!!Gadis Hendak Dicabul Dalam Bas, Penumpang Lain Buat Bodo"
Back To Top