malaynews1. Powered by Blogger.

CUN!!!Jessica Biel Bimbang Suami Tak Mahu Anak


Aktres, Jessica Biel, mengakui dia bimbang suaminya,Justin Timberlake, ‘tidak bersedia’ untuk menjadi seorang bapa dalam masa terdekat ini.

Bintang filem Total Recall itu yg dikatakan mengandung anak sulung hasil perkongsian hidup bersama penyanyi itu. Biel dilaporkan bimbang mengenai komitmen suaminya yg akan bergelar bapa tidak lama lagi.

Malah satu sumber memberitahu Majalah National Enguirer, mereka jarang menghabiskan masa bersama sejak Biel mengandung, dan suaminya yang berusia 33 tahun itu mendakwa tidak tahu mengenai penjagaan wanita yg sedang mengandung.

Sementara itu, kawan Timberlake yang juga bekas ahli kumpulan NSYNC, Joey Fatone, baru-baru ini mengesahkan berita kehamilan pelakon berusia 32 tahun itu dan memberitahu Timberlake berkongsi berita gembira itu kepadanya tetapi tidak mahu dia menghebahkan kepada orang lain.

“Sebelum ini, dia pernah memberitahu perkara ini kepada saya dan meminta saya menutup mulut tetapi kini saya boleh bercerita mengenai berita gembira ini,” ujar Joey.

Pasangan itu sebelum ini tidak mahu mengesahkan berita gembira itu dan satu sumber mendedahkan mereka sebenarnya bimbang mengenai berita tersebut.

 

0 Komentar untuk "CUN!!!Jessica Biel Bimbang Suami Tak Mahu Anak"
Back To Top