KOTA BHARU - Mangsa samun bersenjata Nur Shafiqa Lah, 22, yg telah dikasari dan hampir dirogol oleh dua penjenayah dalam kejadian minggu ini, reda dengan nasibnya yg terpaksa meneruskan hidup dengan parut kekal di mukanya.
Mengimbas kembali pengalaman mengerikan di rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh pada Isnin, Nur Shafiqa berkata dia amat bernasib baik kerana salah seorang suspek meninggalkan bilik itu selepas dia dipanggil oleh rakan sejenayahnya yang berada di luar bilik.
Mengimbas kembali pengalaman mengerikan di rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh pada Isnin, Nur Shafiqa berkata dia amat bernasib baik kerana salah seorang suspek meninggalkan bilik itu selepas dia dipanggil oleh rakan sejenayahnya yang berada di luar bilik.
Lelaki itu telah membuka seluarnya. "Saya melawan walaupun dia bersenjatakan pisau.
“Dia terus menumbuk muka saya dan saya dikelar dengan pisau.
“Saya fikir ia adalah satu pengakhiran dalam kehidupan saya sehinggalah rakan sejenayahnya memanggil namanya. Saya mengunci pintu selepas dia meninggalkan bilik dan mula menjerit meminta tolong dari tingkap.
“Perompak itu kemudiannya panik dan meninggalkan rumah,” kata Nur Shafiqa kepada pemberita selepas ahli Puteri Umno Kelantan melawatnya, Rabu.
Dalam kejadian pukul 2 petang itu, dua perompak yang masuk rumahnya, menarik Nur Shafiqa keluar dari bilik air manakala ibunya Hat Tema Mat Zain, 58, telah diletakkan di bilik berasingan.
Suspek bertindak agresif selepas Nur Shafiqa enggan menyerahkan cincin emas dan telefon bimbitnya.Dia luka dan lebam pada muka dan tangan serta menerima jahitan.
Suspek bertindak agresif selepas Nur Shafiqa enggan menyerahkan cincin emas dan telefon bimbitnya.Dia luka dan lebam pada muka dan tangan serta menerima jahitan.
“Tidak ada cara untuk memadam kesakitan, penderitaan dan trauma yang saya alami.
“Saya tidak dapat melupakan kejadian itu.
“Ia adalah pengalaman yang paling teruk dalam hidup saya, dan saya juga bimbang mengenai kos menghilangkan parut pada muka saya,” katanya.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, serangan itu dilakukan oleh penagih dadah yang terdesak dan tidak ada kaitan dengan dendam seperti yang tersebar di media sosial.
“Kami telah mengenal pasti penyerang itu dan mereka adalah samseng semata-mata dengan niat untuk merompak bagi memenuhi keperluan mereka yang terdesak,” katanya, Rabu.Mazlan berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Nur Shafiqa menjadi mangsa dendam.
Antara dakwaan yang dibuat di media sosial termasuklah bekas teman lelaki Nur Shafiqa merupakan dalang di sebalik serangan itu. Beliau dilaporkan telah putus cinta dan bertunang dengan lelaki lain.
Pada Rabu, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada keluarganya bagi pihak sayap Umno, lapor mStar.
0 Komentar untuk "CERITA!!!Mangsa Toreh: Lawan Perompak Dengan Tangan Kosong ~ Nur Shafiqa Lah"