Baru-baru ini, anak kepada penyanyi Kris Dayanti iaitu Aurel Hermanshah menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara foto seksi yg dimuatnaik ke dalam Instagram miliknya.
Foto tersebut menunjukkan Aurel memakai pakaian terlalu terdedah sehingga menampakkan pakaian dalamnya.
Menurut laporan Kapanlagi, Kris Dayanti menyifatkan foto tersebut masih lagi di tahap yang wajar dan ia tidaklah terlalu mendedahkan.
Foto itu biasa sahaja. Dia kan sedang mencari identiti diri. Bagaimanapun saya belum lihat foto tersebut. Seksi sangat ke? soalnya.
Dalam pada itu, Kris Dayanti berkata, dia percaya terhadap anaknya itu dan yakin Aurel mampu menjaga batasan sebagai golongan yang dikenali umum.
Aurel merupakan anak sulung Kris Dayanti hasil perkahwinan pertamanya dengan Anang Hermanshah sebelum bercerai pada tahun 2009.
0 Komentar untuk "ARTIS!!!Anak Kris Dayanti Dikritik Gara-gara Berpakaian Terdedah"