malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI!!!Isu Telekung Frozen: Tarbiah Biar Yang Betul




Sumber internet


Salam,

1. Para ulama Islam bersepakat tentang haramnya patung manusia dan objek bernyawa kecuali patung untuk mainan kanak-kanak.

2. Mereka juga bersepakat terhadap gambar patung bernyawa yg mempunyai unsur mengagung dan mendewa-dewakannya.

3. Namun mereka berselisih tentang gambar patung bernyawa yg tiada unsur tersebut.

4. Hadith sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW pernah masuk ke rumah dan melihat ada bantal yg dengan beberapa gambar (bernyawa). Riak wajah Baginda SAW menunjukkan kemarahan lalu bersabda, "Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yg kamu buat itu". Lantas Baginda SAW melanjutkan bicaraanyanya, "Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat."

Dalam riwayat yg lain Aisyah RA telah menjadikan bantal itu sebagai tempat bersandar Rasulullah SAW.

5. Sekalipun hukumnya masih khilaf di kalangan ulama, namun anak-anak perlu dididik untuk menutup aurat sebagai perintah ALLAH bukannya untuk berhias dan melaram. Tarbiah yg betul harus diasuh sejak kecil. Banyak contoh asuhan dari kecil yg salah membawa mudarat di kemudian hari. Contohnya, membiasakan anak-anak minum berdiri, menjauhkannya dari adab islami yg lain.

6. Tambahan pula, memakai tudung yg berobjek manusia tidak mendorong ke arah kebaikan bahkan boleh menjadi pemujaan.

7. Di dalam tafsir Ibn Kathir menyebutkan bahawa, apabila beberapa orang alim masyhur yg bernama Wadd, Suwa‘, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr meninggal dunia, para pengikutnya telah membuat gambar mereka sebagai cara untuk mengenang mereka. Namun akhirnya ia menjadi patung sembahan.

8. Dalam cabaran yg didepani oleh umat Islam kini, ia adalah tidak mustahil berlaku dan hal ini mesti dielakkan.


Dr Muhammad Lukman Ibrahim
Pensyarah Program Pendidikan Islam,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.



Related Post:

0 Komentar untuk "TERKINI!!!Isu Telekung Frozen: Tarbiah Biar Yang Betul"
Back To Top